Hati
yang bersih merupakan hati yang sejahtera. Hati yang tidak terpalit sedikitpun
perasaan-perasaan yang bersifat jahat.
Sabda
Rasulullah s.a.w. “Ketahuilah bahawa dalam tubuh badan itu ada sepotong daging,
kiranya ia elok, maka eloklah seluruh tubuh badan itu. Dan kiranya ia rUsak,
maka rusaklah seluruh tubuh badan pula. Ia itu adalah hati.”
Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w di atas, jelaslah bahawa begitu pentingnya hati kepada setiap anak Adam. Hati merupakan puncak atau akar kepada segala perkara yang dilakukan. Lantaran itu,adalah menjadi suatu kemestian kepada kita berusaha untuk mensucikan hati dan segera memperbaikinya.
Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w di atas, jelaslah bahawa begitu pentingnya hati kepada setiap anak Adam. Hati merupakan puncak atau akar kepada segala perkara yang dilakukan. Lantaran itu,adalah menjadi suatu kemestian kepada kita berusaha untuk mensucikan hati dan segera memperbaikinya.
Dapatkah
kita bayangkan perumpamaan yang telah dikhabarkan oleh Baginda s.a.w berkenaan
hati? Kalau hati rusak,maka rusaklah seluruh anggotanya. Sekiranya elok, maka
berbahagialah buat si pemilik hati tersebut kerana segala pekerjaan yang
dilakukan bakal mendapat ganjaran Allah s.w.t.
Bagaimanakah
hati kita? Adakah hati kita hati yang sejahtera? Atau hati yang sakit dan
mungkin jugakah hati kita adalah hati yang mati? Masing-masing mampu untuk
menentukan hati yang bagaimanakah yang dimiliki oleh kita semua. Tingkat hati
yang paling tinggi di sisi Allah s.w.t ialah hati yang sejahtera.
Membersihkan
hati dan menolak kehendak hawa nafsu yang keji itu fardlu ‘ain hukumnya. Salah satu
cara ampuh membersihkan hati yaitu berdzikir.
Firman-firman
Allah SWT dalam Al-Qur’an seperti: “Karena
itu, ingatlah kamu kepada-Ku, niscaya Aku ingat (pula) kepadamu; dan
bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (ni’mat)- Ku.” (Al-Baqarah
152), “Wahai orang-orang yang
beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, dzikir yang sebanyak-
banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya di waktu pagi dan petang”, “Adapun orang
laki-laki yang banyak berdzikrullah, demikian juga orang-orang wanita,
disedikan Allah baginya ampunan dan pahala yang besar”(Al-Ahzab
35), dan “(yaitu) orang-orang yang
beriman dan dan hati mereka menjadi tenteram dengan dzikrullah. Ingatlah hanya
dengan dzikrullah hati menjadi tenang”(Ar-Ra’d 28)
0 Response to "BERSIHKAN HATI"
Post a Comment